Thursday, February 17, 2011

Program Solat Sunat Hajat,Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Perpindahan Ke Pejabat Baru Peringkat IPD SPS

Ustaz Zaki Mengimamkan Solat Maghrib


Semua Anggota bersalaman setelah selesai menunaikan solat maghrib berjemaah

Hj Jasmi(Koperal Jasmi)sedang berucap

Ustaz Zaki memulakan bacaan yassin

Tuan Ghani Tekun Dalam membaca Tahlil


Monday, February 14, 2011

Aktiviti Harian Baka

Tugasan Bacaan Doa 


Isnin -Ustaz Ahmad Zaki Bin Abdullah
Selasa-Ustaz Nazri Bin Abdul Rahim
Rabu- Ustaz Zulkifli Bin Mustafa
Khamis - Ustaz Ahmad A'zizi Bin Roslan
Jumaat-Ustaz Ahmad Zaki Bin Abdullah




Rabu
Pengajian Tabika Ipd Sps
Pengajian ini diadakan pada setiap hari Rabu,pada pukul 8.30 a.m.Pengajian ini disasarkan kepada anak-anak anggota yang belajar di tabika ipd sps.
Tenaga pengajar :  Ustaz Zulkifli Bin Mustafa
                               Ustaz Ahmad A'zizi Bin Roslan




Jumaat
Penghayatan Al-Quran dan Hadis
Penghayatan Al-Quran dan Hadis ini diadakan setiap hari Jumaat ,pada pukul 8.30 a.m.Program ini bertujuan bagi  membudayakan pembacaan al-Quran di kalangan  warga  PDRM  IPD SPS dan secara tidak langsung ia dapat mendekatkan lagi hamba dengan khalikNYA.
Penyampai : Ustaz Ahmad Zaki Bin Abdullah
                     Ustaz Nazri Bin Abdul Rahim



Seruan Dakwah

Seruan dakwah
Seruan dakwah ini ialah satu artikel yang berkaitan dengan hukum keagamaan yang diterbitkan oleh Bahagian Agama Dan Kaunseling(BAKA) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan. Seruan dakwah ini di keluarkan pada setiap dua kali sebulan.merangkupi empat elemen terpenting dalam sumber islam.antaranya fekah,tafsir,hadith dan akidah islamiyah.seruan dakwah ini juga bertujuan untuk menyampaikan dakwah secara bertulis,secara tidak langsung ianya dapat memberi  kesan kepada pembacanya dan dapat di aplikasikan didalam kehidupan harian mereka.sumber rujukan seruan dakwah ini di petik dari kitab-kitab agama yang di luluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).seruan dakwah ini juga di edarkan kepada semua bahagian/cawangan/balai di seluruh daerah seberang perai selatan.

Ceramah Fardu Ain Bulanan


KULIAH FARDHU AIN BULANAN
Kuliah fardhu ain ini di anjurkan oleh Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan.dengan penceramah di jemput khas, Ustaz Ahmad Bin Che Pin. Pesara guru di sebuah sekolah menengah di Selama Perak
 Kuliah fardhu ain ini di jalankan sekali pada setiap bulan.bermula jam 10 pagi hingga jam 11.30 pagi,bertempat di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan.antara golongan sasarannya ialah anggota-anggota yang baru berkhidmat di dalam PDRM dan kakitangan awam yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan.selain itu, PERKEP juga turut di undang ke kuliah fardhu ain.
Kuliah fardhu ain ini diadakan sesuai dengan kehendak pucuk pimpinan Negara, bagi membentuk peribadi pegawai,anggota ,kakitangan IPD SPS dalam menjadikan insan yang berkualiti  dan berintergriti di dalam PDRM
Ustaz Hj Ahmad Bin Che Pin


Ustaz Ahmad Zaki

Ustaz Ahmad Zaki,Ustaz Nazri dan Ustaz Zul sedang khusyuk dalam mendengar kuliah..